Penggiat media sosial pro Pakatan Harapan (PH) digesa untuk memantapkan strategi media sosial masing masing bagi menyampaikan penerangan yang lebih efisien kepada rakyat.
Presiden Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Khairul Anuar Othman berkata demikian selepas majlis Penutupan Kursus Membina Komuniti Madani Malaysia (Sayangi Malaysia Madani), Pemantapan Strategik Sosial Media di Grand Barakah Hote (GBH), Ampang yang dianjurkan oleh pertubuhan berkenaan, semalam.
Menurutnya, program yang dijangka hanya dihadiri sekitar 30 peserta itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila dihadiri hampir 60 peserta.
"Program ini dijayakan oleh tiga penceramah yang kami jemput. Terdapat wakil syarikat digital yang menerangkan strategi (berkaitan akaun) TikTok.
"Pada sebelah petang pula, kami menjemput pakar media sosial, Iswardy Morni memberikan strategi bagaimana menggunakan TikTok dalam menarik perhatian tiktokers yang lain, atau nitizen agar lebih bersama kita," katanya kepada Suara Keadilan.
Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di atas kehadiran pegawai tinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang turut memberi ceramah khas kepada para peserta kursus.
Menurut Khairul, peserta yang hadir pada hari itu lebih kepada golongan muda yang sering membantu pertubuhan beliau dalam menguruskan komunikasi media sosial.
"Perserta (kita jemput) sekitar Lembah Klang, para aktivis. Mereka ini dalam goloangan anak muda berumur 30an
"Juga ada aktivis umur lebih 40an. Mereka ini dipilih kerana mempunyai pasukan aktivis dan berjumpa kami untuk merancang program.
"Kita dapat mengumpul anak muda, aktivis yang banyak kerjasama dengan kami," katanya lagi.
Khairul turut merancang untuk menganjurkan kursus serupa dalam bentuk jelajah yang dimulai dengan negeri Selangor.
Bagi yang berminat untuk mengikuti kursus berkenaan boleh menghubungi Khairul di talian 0163961181.
Commentaires