top of page

Mantapkan perisai akidah al-Asyairah al-Maturidiyyah - YADIM



Oleh: Abdullah Zaid


Kira-kira 200 orang pegawai dan anggota Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) Tentera Darat hadir ke Seminar Dakwah Perisai Akidah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) Tentera Darat, Kluang, Johor, baru-baru ini.


Inisiatif di bawah Program Dakwah Negara 2024 itu dirasmikan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunos.


Mantan Ahli Parlimen Hulu Langat itu menyeru agar gerakan dakwah dimantapkan dengan pengukuhan akidah.


Katanya, pemantapan akidah dilihat penting bagi setiap umat Islam memandangkan banyak cabaran yang berlaku ketika ini.


"Bagi menguatkan perisai akidah maka perlu dimulakan tindakan untuk memahami apa itu akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyyah


"Selain itu kepentingan mengenali Imam Syafie pelopor Mazhab Syafie serta Imam Al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi dalam bidang akhlak (juga perlu didakwahkan)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed turut hadir bagi membicarakan tajuk "Aqidah dan Ajaran Yang Menyeleweng Di Johor" kepada peserta.


"Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Juhazreen Junaidi juga hadir dengan syarahan tajuk "Pemantapan Aqidah Berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah","ujarnya.


Untuk rekod, YADIM ditubuhkan pada 25 Januari 1974 bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah supaya berjalan seiring dengan dasar negara.


Badan dakwah itu didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada Jabatan Perdana Menteri.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page