top of page

Mantan Timbalan Presiden KEADILAN Dr Syed Husin Ali meninggal dunia



Mantan Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi ini.


Sebelum ini Allahyarham telah dimasukkan ke hospital Selayang sejak 18 Jun lalu.


Allahyarham sepanjang hayatnya berkecimpung dalam bidang akademik dan politik, pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Presiden Parti Rakyat Malaysia dan profesor di Universiti Malaya.


Dilahirkan di Batu Pahat pada 23 Sept 1936, Syed Husin banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain merupakan antara tokoh senior dalam politik tanah air.


Berita kematian beliau dimaklumkan anaknya, Muhammad Ali kepada pihak media. Sebelum itu beliau telah memaklumkan mengenai tahap kesihatan Syed Husin yang merosot sejak beberapa hari lalu.


"Salam, ini Muhammad Ali anak kepada Syed Husin. Cuma sekadar ingin maklumkan keadaan abah merosot secara tiba tiba.


"Dia boleh dikatakan tidak sedar keadaan sekeliling dan berada dalam keadaan kritikal," katanya dalam aplikasi WhatsApp pada Rabu dipetik Sumberkini.


Jenazah Allahyarham Dr Syed Husin dibawa ke Masjid Kampung Tunku, Jalan SS 1/31, Petaling Jaya selepas subuh untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page