top of page

Mantan Ketua AMK Gombak beri kepercayaan kepada calon baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Husaini Yunos (tengah) memberi kepercayaan kepada Haris Harahap (kiri) sebagai Calon Ketua AMK Gombak
Husaini Yunos (tengah) memberi kepercayaan kepada Haris Harahap (kiri) sebagai Calon Ketua AMK Gombak

Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak, Husaini Yunos, menyatakan sokongan penuh kepada barisan baharu AMK Cabang itu yang akan bertanding pada Pemilihan KEADILAN 2025, Sabtu ini.


Husaini dalam satu majlis bersama anak-anak muda Gombak yang diadakan baru-baru ini berkata, beliau yakin barisan baharu diketuai Abdul Haris Harahap mampu meneruskan legasi perjuangan dibawakan parti itu yang telah dibina sejak 1999.


"Dengan berpegang teguh kepada semangat reformasi dan nilai-nilai keadilan, barisan ini bukan sahaja menawarkan visi dan misi baharu.


"Malah barisan ini membawa semangat dan kekuatan untuk menjadikan AMK Gombak sebagai salah satu tonggak utama barisan hadapan mempertahankan Kerajaan Perpaduan MADANI dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Selangor.


"Saya memberi kepercayaan penuh kepada Sdra Abdul Haris dan pasukannya untuk memimpin AMK Gombak ke tahap yang lebih tinggi," ujar Husaini.


Selain Abdul Haris sebagai calon Ketua AMK Gombak, turut dinamakan ialah Hayee Zailani sebagai calon Timbalan Ketua, dan Danial Amsyar sebagai calon Naib Ketua


Mengangkat tema “Penerus Legasi, Harapan Gombak”, Abdul Haris menekankan pentingnya kesinambungan dalam gerakan reformasi serta keperluan untuk memperkukuh peranan anak muda dalam masyarakat.


"Gombak sentiasa menjadi nadi kepada gerakan perubahan, dari era awal reformasi hingga kini. Kini tiba masa generasi baharu tampil memimpin, memperkasa anak muda dan membina politik yang matang, inklusif serta berpaksikan reformasi," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page