top of page

Manifesto Dr Joohari di Sungai Bakap realistik, mampu dilaksana



Seorang penganalisis politik menyifatkan manifesto calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap realistik dan logik.


Dr Azmi Hassan dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) dipetik laporan Harian Metro berkata, manifesto Dr Joohari itu yang menerapkan konsep PADU sebagai mampu dilaksana.


"Janji Dr Joohari itu ada logiknya dan boleh menarik minat pengundi. Ini kerana beliau adalah pencabar dan juga mewakili Kerajaan Negeri dan Persekutuan.


"Maka mudah janji itu dikotakan jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat," katanya.


Joohari melancarkan manifestonya yang menerapkan konsep PADU pada Sabtu sebagai iltizam membantu penduduk Sungai Bakap sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 6 Julai ini.


Empat teras yang terkandung dalam iltizam itu adalah simbolik daripada perkataan per-PADU-an iaitu, P - Prasarana dan Progresif; A - Akhlak, Akademik Anak Muda; D - Damai dan U - Untuk Semua.


PRK Sungai Bakap yang diadakan susulan kematian wakil rakyat sebelum ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Joohari mewakili PH menentang Abidin Ismail dari PN.


Kawasan itu merupakan satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal dan mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis


Sementara itu Dr Azmi menyifatkan Dr Joohari mempunyai kelebihan bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dari Pas.


"Dalam hal ini, ada dua kelebihan kepada Joohari. Pertamanya, sebagai pencabar yang boleh mencabar wakil rakyat Pas sebelum ini yang tidak melakukan apa-apa.


"(Kedua) boleh mempengaruhi (pengundi) kerana Joohari juga mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya yang melihat sukar untuk Pas sebagai pembangkang untuk membantu kawasan ini kerana tidak serasi dan bukanlah sebahagian daripada Kerajaan Negeri.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page