Mangsa penipuan kewangan atas talian atau scammer mungkin akan mengambil tindakan mahkamah secara berkelompok pada masa hadapan.
Penasihat Scam Victim Support, Lee Chean Chung membayangkan hal itu dalam sidang media mingguan mengenai kegiatan scammer di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya tengah hari tadi.
Menurutnya, sejak kumpulan sokongan tersebut ditubuhkan mereka telah mendapat banyak laporan daripada pelbagai mangsa melibatkan kerugian kewangan hampir RM7 juta.
"Sejak Scam Victim Support ditubuhkan telah banyak yang menjadi mangsa
"Kes tidak berhenti, setiap hari ada sahaja kes baru," katanya.
Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN jelas kesal kerana Bank Negara Malaysia masih tidak melakukan apa apa selepas perkara tersebut didedahkan oleh kumpulan sokongan itu sejak lebih 6 bulan lalu.
Justeru, katanya, pasukan guaman Scam Victim Support sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang undang tertentu kepada beberapa pihak sekiranya keadaan masih tidak berubah.
Sementara kumpulan sokongan itu akan meneruskan aktiviti memberi sokongan moral kepada mangsa mangsa scammer yang tertekan dan sebagainya.
"Kita berikan sokongan dengan harapan satu hari nanti tidak ada lagi mangsa.
"Ada dua langkah yang boleh kita lakukan. Pertama, taklimat guaman diberi oleh peguam untuk bincang mengadakan tindakan mahkamah secara bersama," katanya.
Manakala langkah kedua, katanya, kumpulan itu akan terus mendesak untuk agensi penguatkuasaan dan kerajaan melakukan tindakan untuk membanteras aktiviti jenayah berkenaan.
Commentaires