Mangsa kebakaran paip gas: Kerajaan komited beri bantuan lanjut
- Suara Keadilan
- Apr 4
- 1 min read

Kerajaan MADANI komited menyediakan sokongan diperlukan mangsa kebakaran paip gas di Putra Height yang ada antaranya dilaporkan kehilangan hampir semua harta benda.
Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, Jemaah Menteri bakal membincangkan langkah bantuan lanjut untuk mangsa pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri pada Rabu depan.
"Bantuan tambahan akan bergantung kepada penilaian kerosakan oleh pihak berkuasa.
"(Bagi mangsa yang kehilangan rumah) Perdana Menteri telah mulakan bantuan dan akan diikuti dengan bantuan-bantuan yang lain mengikut kadar (kerugian)," katanya dipetik.
Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelumnya menziarahi lokasi kejadian itu pada Khamis.
Sementara itu beliau turut menasihatkan mangsa yang terjejas dalam insiden itu membuat laporan polis bagi memudahkan proses siasatan dan penyaluran bantuan.
Jelasnya, laporan itu penting untuk merekodkan kerosakan dan kehilangan harta benda penduduk bagi memudahkan tindakan susulan oleh pihak berkuasa.
"Kita minta semua yang terjejas membuat laporan melibatkan kerosakan, kehilangan dan sebagainya.
"Pihak polis telah membuka lebih banyak kaunter untuk memudahkan proses itu," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad menyatakan komitmen dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja dan Puchong serta Kerajaan Negeri Selangor untuk terus menyalurkan terus menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa terjejas selama tempoh ia diperlukan.
Comments