top of page

Mangsa kanak kanak tragedi Putra Heights dibantu kaunserling pasca trauma - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 8
  • 1 min read


Mangsa kebakaran akibat paip gas bocor di Putra Height, Subang Jaya bukan sahaja diberi bantuan berbentuk material tetapi juga kaunserling.


Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari, terutama kanak kanak diberi bantuan kaunserling pasca trauma untuk memudahkan mereka melupakan pengalaman ngeri kebakaran pada 1 April lalu dan memulihkan kehidupan seperti sedia kala.

Nafal meninjau salah seorang kanak kanak
Nafal meninjau salah seorang kanak kanak

Beliau menyatakan demikian ketika melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Camelia kelmarin.


"Saya telah melawat di PPS Dewan Camelia di mana ini adalah lokasi kedua berbanding Dewan Masjid Putra Heights.


"Di sini, hari keenam ada 24 bilangan keluarga (yang ditempatkan).


"PPS bukan sahaja (beri jagaan) fizikal, makanan, pakaian tetapi lebih kepada sokongan emosi, dan di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) saya berpuas hati melihat sokongan kaunselor kepada kanak kanak.


"Itu paling penting, kerana sokongan emosi kepada mereka pada (peringkat) post trauma penting dalam situasi seperti ini kerana sekiranya kanak kanak tak settle maka ibu bapa juga akan resah gelisah," katanya dalam satu siaran di media sosial.


Selain itu, menurut Anfal, kanak kanak mangsa kebakaran di PPS berkenaan turut diberikan pakaian sekolah baharu hasil sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan.


Beliau dalam pada itu menyeru mana mana mangsa yang masih belum mendaftar agar berbuat demikian di dewan berkenaan untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan para penyumbang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page