top of page

Mangsa gempa: ASEAN perlu desak junta Myanmar laksana gencatan senjata

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3
  • 1 min read


Malaysia sebagai pengerusi ASEAN seharusnya mendesak junta tentera Myanmar melakukan gencatan senjata di antara kerajaan dan pasukan pemberontak di negara itu.


Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) berkata, kerajaan junta Myanmar tidak sewajarnya masih terus melakukan serangan udara ke atas rakyatnya yang terkesan akibat bencana gempa bumi minggu lalu.


Kata Aliran, serangan udara itu jelas menghalang usaha antarabangsa termasuk oleh negara-negara ASEAN menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di negara tersebut.


"Aliran mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh junta Myanmar walaupun terdapat seruan oleh Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dan kumpulan dan aktivis Myanmar serta antarabangsa untuk gencatan senjata segera.


"Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, harus menyertai seruan untuk gencatan senjata selain menuntut rejim Myanmar menghentikan serangan dengan segera," kata NGO itu menerusi kenyataan.


Menurut Aliran lagi, Malaysia yang menghantar misi penyelamat ke Myanmar seharusnya memainkan peranan lebih berkesan dalam memastikan keselamatan anggota penyelamat dan memudahkan usaha menyelamat mangsa.


"Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menuntut penghentian segera serangan udara regim Myanmar dalam memastikan keselamatan anggota penyelamat Malaysia.


"ASEAN sebagai badan serantau harus menuntut agar junta tentera Myanmar melaksanakan gencatan senjata segera dan jika tidak, keahlian Myanmar dalam ASEAN harus digantung," katanya.


Sebelum ini, media melaporkan kerajaan junta Myanmar tetap melancarkan serangan udara ke atas beberapa perkampungan termasuk di daerah Sagaing dan Shan Utara serta di negeri Karen, iaitu antara kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.


Ketika ini, jumlah kematian susulan gempat kuat pada 7.7 skala Ritcher yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu telah mencecah 3,000 orang dengan angka korban dijangka lebih tinggi ketika pasukan bantuan antarabangsa sedang giat menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page