top of page

Mangsa banjir kehilangan dokumen pengenalan diganti percuma



Mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi akan diganti secara percuma oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian dalam hantarannya di X.


"Sementara agensi-agensi KDN turun membantu mangsa-mangsa banjir ini, KDN melalui JPN juga akan menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan dokumen tersebut.


"Selesai musim banjir ini, Pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas banjir untuk memastikan urusan dapat dilakukan dengan segera," katanya.


Beliau berharap usaha kecil pihak KDN itu akan dapat mengurangkan beban mangsa banjir.


"Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pasca banjir nanti," katanya lagi.


Banjir yang semakin memburuk di Semenanjung melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Mangsa banjir setakat ini melebihi 140,000 orang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page