top of page

Manfaatkan NADI untuk tingkat kualiti hidup - Dr Wan Azizah



Kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.


Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pusat itu menawarkan peluang kepada masyarakat untuk terlibat dalam bidang keusahawanan, pekerjaan, atau pembangunan diri dengan menawarkan pelbagai program dan latihan secara percuma.


Tambahnya menerusi tunjuk ajar daripada tenaga pengajar di NADI, peniaga dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berpeluang memperluas perniagaan mereka melalui platform e-dagang dengan lebih berkesan.

"Ini sekali gus membolehkan mereka menjangkau pasaran yang lebih luas, sama ada dalam mahupun luar negara," kata Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dipetik.


Beliau sebelumnya berucap merasmikan NADI Desa Tun Razak yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.


Beroperasi sejak 17 Sept lepas, ia menjadikan jumlah keseluruhan pusat itu di Kuala Lumpur setakat ini adalah sebanyak 24 buah.


Sejak Julai tahun lalu, peranan pusat itu diperluas melalui lima teras utama inisiatif Perkhidmatan Pintar iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran, dan Inisiatif Kerajaan supaya memberikan impak yang besar dalam memperbaiki kualiti hidup dan memacu kemajuan masyarakat secara menyeluruh.


Sementara itu menurut Dr Wan Azizah, NADI bukan sekadar peluang untuk belia, tetapi juga untuk golongan dewasa yang ingin menambah ilmu dan kemahiran.


"Di pusat ini, kita bukan sahaja diajar cara menggunakan teknologi, tetapi juga diberi pengetahuan tentang bagaimana melindungi diri dan keluarga daripada ancaman dunia maya.


"NADI turut membuka peluang untuk pembelajaran sepanjang hayat, kerana golongan dewasa dan anak-anak muda dapat menambah ilmu dan kemahiran yang relevan dengan perkembangan teknologi. Ini termasuk melalui pelaksanaan bengkel teknologi dan kursus pembelajaran digital.


"Program-program seperti bengkel teknologi, kursus pembelajaran digital, dan sesi latihan keusahawanan adalah antara inisiatif dalam memastikan kita terus relevan dengan perkembangan teknologi," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page