top of page

Malaysia umum pencalonan kerusi lembaga eksekutif UNESCO secara rasmi



Malaysia akan secara rasmi mengumumkan pencalonan untuk bertanding bagi kerusi Lembaga Eksekutif Tapak Warisan Dunia UNESCO penggal 2025 hingga 2029.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan pada Ahad berkata, pengumuman akan dilakukan susulan pertemuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Xing Qu, di Paris, Perancis.


Fadhlina yang juga merupakan Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata Malaysia membawa misi mempromosikan pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan memperjuangkan keadilan sosial berlandaskan prinsip "Membina Masa Depan Yang Berbeza" (BFD).


Justeru langkah strategik itu diharap dapat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kelestarian, inklusiviti, penciptaan peluang, dan keamanan global.


"Malaysia beriltizam melaksanakan beberapa langkah penting untuk merealisasikan objektif BFD melalui kompetensi UNESCO dalam bidang seperti pendidikan, sains semula jadi, sains dan sains sosial, kebudayaan, dan inisiatif kerjasama dengan semua pihak," katanya.


Sementara itu KPM dalam kenyataan sama memaklumkan, Fadhlina mengetuai delegasi Malaysia ke Minggu Pembelajaran Digital 2024 yang akan berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO di Paris mulai Ahad.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page