top of page

Malaysia ukir kejayaan di pentas global, rintis kebangkitan ASEAN



Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia telah bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN sekaligus membawa rantau ini ke era baharu lebih terangkum dan mampan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, Malaysia akan melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama.


Tambahnya, Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati atas peranan negara dalam memperjuangkan isu-isu global terutama Palestin.


"Alhamdulillah, rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eskport negara serta menjulang negara di persada dunia.


"Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan kita dalam memperjuangkan isu-isu global, terutama dalam mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang," katanya.


Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Anwar menerusi artikel pendapat beliau bertajuk "ASEAN's Second Renaissance Is Now" menggariskan wawasan Malaysia untuk memajukan Visi Komuniti ASEAN 2045 dengan memberi tumpuan kepada memupuk keterangkuman, daya tahan dan pertumbuhan mampan di seluruh Asia Tenggara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page