top of page

Malaysia-Turkiye tangkas teroka teknologi kenderaan elektrik


DS Anwar memandu kereta TOGG sambil menunjukkan keindahan Putrajaya kepada sahabatnya Erdogan
DS Anwar memandu kereta TOGG sambil menunjukkan keindahan Putrajaya kepada sahabatnya Erdogan

Jika Malaysia mempunyai kereta elektrik sendiri jenama Proton e.MAS 7, Turkiye juga mempunyai kereta elektrik kebanggaannya, TOGG.


Jenama TOGG disebut sebagai salah satu kemajuan industri automotif Turkiye dalam ucapan sambutan mengalu alukan ketibaan Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada Isnin oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Semalam Datuk Seri Anwar mencuba sendiri kereta TOGG buatan Turkiye yang dihadiahkan sahabat baiknya, Erdogan berkeliling di Putrajaya.


Katanya, Malaysia dan Turkiye perlu lebih bekerjasama dalam teknologi industri baharu terutama kenderaan elektrik.


"Dalam sesi Lawatan Rasmi Türkiye ke Malaysia, Presiden Recep Tayyip Erdoğan telah menghadiahkan kereta elektrik buatan dan kebanggan Türkiye yakni TOGG kepada negara.


"Pemberian tersebut mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif," kata Anwar dalam muatnaik di facebook.


Anwar berharap negara ini dan Türkiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta membuka lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page