top of page

Malaysia tidak ratifikasi UNCAT buat masa ini - Saifuddin



Malaysia tidak akan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT) buat masa ini, tegas Menteri Dalam Negeri.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pada Isnin menegaskan, perkara itu memerlukan pindaan lanjut terhadap undang-undang sedia ada memandangkan ada seksyen terkandung dalam konvensyen itu secara jelas menyebut bahawa undang-undang negara tidak boleh ada elemen sebabkan severe pain (kesakitan yang berat).


"Sedangkan akta (jenayah) kita ada sebatan. (Undang-undang) syariah pun ada sebatan. Sebatan ni sakit lah.


"Kalau sakit itu pun tidak boleh maka kalau meterai (UNCAT) maka akta sedia ada kena pinda banyak.


"Buat masa ini tidak (akan ratifikasi)," katanya sebagai menjawab isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen yang membahaskan laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).


Sementara itu, Saifuddin turut menjawab perbahasan Ahli Parlimen mengenai isu yang diketengahkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pengurusan pelarian dan hubungan kerajaan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).


Memandangkan Malaysia kekal tidak menandatangani Konvensyen Pelarian PBB 1951, Saifuddin berkata hubungan kerja yang terjalin sejak era Perang Vietnam untuk UNHCR membantu penempatan semula pelarian dikekalkan setakat sedia ada.


"Sementara mereka (pelarian) berada di sini, mereka juga manusia dan kita mesti mengambil kira aspek kebajikan mereka, selain faktor keselamatan. Perlu ada keseimbangan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page