top of page

Malaysia tidak bercadang lanjut masa kemasukan pekerja asing



Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh kemasukan pekerja asing ke negara ini menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, termasuk warga Bangladesh yang telah tamat pada 31 Mei lepas.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh yang diberikan oleh kerajaan Malaysia adalah munasabah bagi menguruskan segala prosedur pekerja asing.


"Pada ketika kita tetapkan tarikh itu (31 Mei), kita telah mengambil kira semua proses makna bermula dari kuota diluluskan, pemeriksaan kesihatan, mendapatkan visa dan mengatur tiket.


"Ternyata baru-baru ini, jumlah kemasukkan lebih 20,000 pekerja asing dalam masa empat hari (28 hingga 31 Mei) dan apabila kita semak antara yang masuk itu, kelulusan visa itu diperoleh 11 tahun lepas.


"Isunya kenapa tunggu sampai 31 Mei untuk bawa masuk," katanya dipetik Bernama selepas menghadiri Program Lawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ke Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini.


Saifuddin berkata mengikut unjuran jumlah dengan trend kemasukan lebih 20,000 hingga akhir Mei lalu, negara akan mempunyai lebih 2.6 juta pekerja asing menjelang Disember tahun ini, melebihi sasaran Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu 2.5 juta pekerja asing.


Beliau berkata kemasukan pekerja asing telah mencecah sasaran keperluan tenaga asing bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan manakala bagi sektor perladangan dan pertanian, kerajaan akan memproses mengikut kelulusan kuota yang sedia ada buat masa ini tanpa melibatkan kelulusan baharu dan berdasarkan kes.


Terdahulu media tempatan melaporkan Bangladesh memohon kepada Malaysia membenarkan masuk hampir 17,000 pekerja Bangladesh yang mempunyai visa kerja yang diluluskan, namun terlepas tarikh akhir 31 Mei untuk tiba di Malaysia dengan melanjutkan tempoh kemasukan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page