top of page

Malaysia, Thailand teroka kerjasama pertahanan ke tahap lebih tinggi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia menghargai komitmen dan persetujuan Thailand untuk memperkukuh hubungan pertahanan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia mengalu-alukan kerjasama lebih erat bersama Angkatan Tentera Diraja Thailand.


Kerjasama itu bakal meneroka peluang kerjasama baharu sekaligus memanfaatkan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia (MDCP) termasuk dalam menangani cabaran keselamatan sempadan yang dikongsi bersama kedua-dua negara.


"Malaysia mengakui bahawa platform seperti Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand yang memasuki edisi ke-56 adalah usaha yang baik dalam pengukuhan kerjasama berkaitan keselamatan sempadan, operasi bersama serta inisiatif pembangunan sosioekonomi dan pengurusan bencana.


"Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan diplomatik yang baik, sama ada secara dua hala mahupun melalui platform seperti ASEAN," katanya dalam hantaran Facebook.


Kenyataan itu menyusul lawatan kerja rasmi tiga hari beliau ke negara itu bagi menghadiri mesyuarat ke-56 Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Thailand (GBC MALTHAI) yang berlangsung semalam.


Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai di Kementerian Pertahanan Thailand.


Mohamed Khaled turut memanjangkan jemputan kepada Phumtham ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA '25) dan dua acara sempena peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, iaitu Pemukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Mesyuarat ADMM.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page