top of page

Malaysia-Thailand sepakat kukuhkan ekonomi di wilayah sempadan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 day ago
  • 1 min read

DS Alexander Nanta Linggi dan wakil Thailand menandatangai perjanjian pembinaan jambatan. Foto: PMO
DS Alexander Nanta Linggi dan wakil Thailand menandatangai perjanjian pembinaan jambatan. Foto: PMO

Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia menghargai komitmen ditunjukkan Thailand dalam memperkasa ekonomi di wilayah utara negara ini dan Selatan Thailand, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata beliau dan rakan sejawatannya Paetongtarn Shinawatra sepakat untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek utama termasuk pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok dan projek tebatan banjir di Sungai Golok.


"Saya menghargai kesediaan Kerajaan Thailand untuk meneruskan kemajuan terhadap kesepakatan sedia ada, yang menyentuh usaha memperkasa ekonomi di wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand," kata beliau dalam hantaran di Facebook.


Anwar dalam rangka lawatan kerja dua hari di Thailand bermula semalam.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan projek-projek strategik itu berpotensi menyumbang kepada lonjakan nilai dagangan dua hala mencecah AS$30 bilion menjelang 2027.


Thailand kini merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia, dengan nilai perdagangan mencecah lebih AS$25 bilion pada tahun lalu.


"Alhamdulillah, pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok mencapai kemajuan penting tatkala kami menyaksikan detik bersejarah permeteraian perjanjian pembinaan jambatan persahabatan ini," ujarnya


Perjanjian itu ditandatangani Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mewakili Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Suriya Juangroongruangkit yang juga Menteri Pengangkutan Thailand.


Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau menzahirkan penghargaan kepada Paethongtarn atas komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan antara dua negara.


"Kami juga sempat menyentuh isu tarif Amerika Syarikat (AS) dan mengulangi komitmen untuk mendepaninya secara kolektif di peringkat ASEAN menerusi pendekatan rundingan yang adil dan mampan," kata beliau.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page