top of page

Malaysia tentang sebarang usaha usir rakyat Palestin dari Gaza



Malaysia mengambil pendirian tegas membantah cadangan untuk mengilhakkan Gaza dan menyifatkan ia sebagai “pembersihan etnik” yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan negara Malaysia pada Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi pada Jumaat menegaskan, cadangan “mengambil alih” Gaza itu melanggar Perkara 17 Protokol Tambahan II Konvensyen Geneva, yang melarang pemindahan penduduk secara paksa di wilayah yang diduduki.


"Malaysia berpegang teguh dalam menentang cadangan ini kerana ia merosakkan usaha keadilan antarabangsa untuk rakyat Palestin dan membahayakan kestabilan serantau," katanya dipetik.


Sementara itu tegas Mohamad Hasan, Malaysia menggesa OIC supaya mengecam jenayah Israel mematuhi kewajipan gencatan senjata, mempermudah bekalan bantuan kemanusiaan yang berterusan.


Israel juga digesa melaksanakan fasa-fasa seterusnya dalam perjanjian gencatan senjata, menghentikan operasi ketenteraan, serta komited terhadap usaha pemulihan dan pembinaan semula Gaza.


"Walaupun gencatan senjata membolehkan rakyat Palestin pulang dan menerima bantuan yang amat diperlukan, pelaksanaan fasa kedua masih tergantung kerana rundingan menemui jalan buntu, manakala Israel terus mengambil kesempatan daripada situasi ini.


"Bekalan penting telah dipotong, memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin, terutama dalam bulan Ramadan yang mulia," katanya.


Selain itu tegasnya, sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, Malaysia akan terus memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam perjuangan berterusan mereka untuk mencapai keamanan, keadilan dan kebebasan.


Malaysia akan terus komited untuk memastikan Palestin diiktiraf sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menjamin kedaulatan dan kemerdekaannya.


"Selain memperjuangkan penyelesaian politik, Malaysia kekal komited untuk menyokong Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam menyediakan perkhidmatan penting kepada pelarian Palestin, di samping menyokong prosiding undang-undang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakannya," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page