top of page

Malaysia teliti penjualan tanah di Singapura, kepentingan strategik terpelihara



Malaysia masih meneliti cadangan penjualan tanah miliknya di Woodlands, Singapura bagi memastikan kepentingan strategik dan ekonomi negara kekal terpelihara.


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Singapura masih dalam fasa perbincangan dalam berhubung cadangannya untuk membeli tanah milik Malaysia di Woodlands.


"Wisma Putra, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan masih memperincikan maklumat mengenai tanah tersebut.


"Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan terus menyelaras dengan kementerian dan agensi berkenaan supaya perkara ini diteliti dengan sewajarnya agar pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, bagi memastikan kepentingan strategik dan ekonomi negara kekal terpelihara," ujarnya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat semalam.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin tahu sejauh mana kemajuan perbincangan hasrat Kerajaan Singapura untuk membeli dua bidang tanah milik Malaysia di Woodlands dan memastikan kepentingan strategik dan ekonomi Malaysia terpelihara dalam urusan penjualan itu.


Terdahulu Mohamad berkata hasrat untuk membeli tanah milik Malaysia di Woodlands dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika itu semasa Sesi Pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 pada 30 Oktober 2023.


Pada Februari lalu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dilaporkan berkata cadangan Singapura untuk membeli dua bidang tanah milik Malaysia untuk tujuan pembangunan semula Pintu Masuk Woodlands (WCP) masih dalam perbincangan oleh pihak berkuasa Malaysia.


Katanya Malaysia masih belum memutuskan sama ada ingin menjual atau menukarnya dengan tanah lain, yang kedua-dua negara pernah lakukan sebelum ini.


Pada September 2010, Singapura dan Malaysia telah menandatangani perjanjian pertukaran tanah untuk menyelesaikan perolehan yang melibatkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu di republik itu melibatkan tiga bidang tanah masing-masing di Tanjong Pagar, Kranji, dan Woodlands, serta tiga lagi di Bukit Timah.


Sebagai ganti, Singapura menawarkan pertukaran dengan empat kawasan tanah di Marina South dan dua kawasan di Ophir-Rochor.


WCP yang dibangunkan semula akan beroperasi secara berperingkat bermula tahun 2028.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page