top of page

Malaysia suaikan diri kepada perubahan dasar alam sekitar - Nik Nazmi



Malaysia bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global berkaitan isu alam sekitar sekiranya berlaku perubahan dalam dasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam isu iklim dan kemampanan alam sekitar disamping mengekalkan komitmen negara untuk membuka perdagangan dan tadbir urus pragmatik.


"Dua rakan dagangan terbesar Malaysia ialah AS dan China dan kita akan terus membuka pintu kepada semua orang.


"Kita tidak boleh mengabaikan AS kerana ia adalah ekonomi utama dan kuasa global. Bagaimanapun, kita perlu mengadakan libat urus dengan rakan kongsi lain untuk memastikan perdagangan dan kerjasama seimbang," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu pemberita selepas merasmikan Simposium Tadbir Urus dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Alam Sekitar, Sosial 2025 di Subang pada Selasa.


Sementara itu sebagai mengulas rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU), Nik Nazmi berkata Malaysia akan mendapat manfaat yang besar kerana ia sejajar dengan kesediaan negara dalam kelestarian dan piawaian alam sekitar.


"Malaysia adalah sebuah negara perdagangan. Menawarkan lebih banyak peluang perdagangan dan kerjasama..adalah lebih baik.


"EU mengenakan peraturan ketat mengenai kemampanan, iklim, pelepasan, dan perhutanan. Keupayaan Malaysia untuk meneruskan dan mengembangkan perkongsian ini menunjukkan bahawa ekonomi negara sudah bersedia," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page