top of page

Malaysia sokong usaha Qatar tamat krisis kemanusiaan Palestin



Malaysia menyokong sebarang usaha dari Qatar untuk menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza, Palestin setelah 10 bulan dikepung dan serang tentara rejim Israel.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah menerima panggilan telefon daripada PM Qatar yang memaklumkan perkembangan semasa keadaan di Asia Barat pada petang semalam.


"Saya telah menerima panggilan telefon daripada PM Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani yang memaklumkan perkembangan semasa di rantau Timur Tengah.


"Sheikh Mohammed memaklumkan terdapat kesempatan yang baik untuk menjelmakan hasil positif dalam rundingan damai terkait konflik Palestin-Israel, dan ruang itu perlu dimanfaatkan sesegera mungkin.


"Malaysia menyokong tindakan Qatar untuk memberi keutamaan kepada usaha menamatkan krisis kemanusiaan yang mendesak di Gaza," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Anwar berkata, beliau dan rakyat Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk membantu Qatar dan akan menggunakan hubungan baiknya dengan pemimpin politik Iran dan Hamas bagi tujuan berkenaan.


"Saya zahirkan penghargaan rakyat Malaysia atas peranan besar Qatar, selain menyatakan persetujuan kepada permintaan Sheikh Mohammed yang mahu Malaysia membantu dalam usaha mewujudkan penyelesaian tuntas terhadap penderitaan rakyat Palestin.

"Insya-Allah sebagaimana permintaan Sheikh Mohammed, saya akan berhubung dengan Presiden Iran dan wakil Hamas sesegera mungkin bagi mempermudahkan rundingan damai, sekali gus menguatkuasakan gencatan senjata serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin," katanya lagi.


Serangan besar besaran Israel ke Semenanjung Gaza telah memasuki bulan ke 10 apabila rejim itu memulakan perang pada pertengahan Oktober 2023 berikutan serangan kilat pejuang Hamas dalam operasi taufan ke penempatan penduduk Israel pada awal Oktober.


Setakat ini konflik tersebut telah meragut 35,903 nyawa warga Palestin dan kecederaan seramai 80,420 orang, terutama kanak kanak dan wanita.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page