Malaysia bersedia mengadakan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata semasa di Turkiye beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin, Mohammad al-Amour untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan negara itu dalam pelbagai bidang.
Katanya, terdapat banyak peluang yang boleh diteroka Malaysia dan Palestin seperti transformasi digital, pembayaran dalam talian, bank digital dan e-dompet.
"Saya fikir perkara ini akan banyak membantu dalam memulihkan ekonomi (Palestin)," katanya dipetik.
Beliau sementara itu turut memaklumkan, Mohammad yang mewakili kerajaan Palestin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak berputus asa memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
Fahmi mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Turkiye bagi Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Beliau turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Latihan Statistik, Ekonomi dan Sosial bagi Negara-Negara Islam (SESRIC) Zehra Zumrut Selcuk.
Melalui pertemuan itu, beliau melihat beberapa peluang kerjasama boleh diteroka Malaysia terutamanya melibatkan latihan global antara SESRIC dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) serta Akademi MCMC.
コメント