top of page

Malaysia sedia hulur bantuan kewangan kepada Lubnan



Malaysia yang turut terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan ekoran serangan kejam Israel bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepada negara itu, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata insiden serangan Israel ke Lubnan turut menyebabkan enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tercedera.


Beliau menyatakan perkara tersebut ketika menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Lubnan, Najib Mikati pada Isnin sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Luar Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi.


"Dalam pertemuan itu, saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Israel," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Anwar berkata pihaknya memaklumkan kepada Mikati bahawa Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel.


Pada Khamis lalu, seramai enam anggota misi pengaman dari Malaysia membabitkan Batalion Malaysia (MALBATT) 805-12 yang baru tiba di Lubnan dan seorang lagi dari MALBATT 805-11 tercedera setelah bas yang mereka naiki terkena serpihan bahan letupan yang menyasarkan kenderaan berhampiran, kata Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


UNIFIL dalam kenyataan rasmi melalui akaun X berkata kejadian tersebut berlaku disebabkan serangan dron.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page