top of page

Malaysia salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura



Malaysia mencatatkan detik bersejarah bagi perdagangan tenaga elektrik hijau merentas sempadan dengan melaksanakan penyaluran tenaga elektrik hijau yang pertama ke Singapura mulai semalam selaras dengan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan berkata, penyaluran tenaga elektrik hijau berkapasiti 50megawatt (MW) ke negara jiran itu merupakan hasil daripada pemeteraian Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu menerusi rangkaian sambung tara sedia ada di antara kedua-dua negara.


"Lanjutan daripada pemeteraian perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power) pada 9 Disember lalu, penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura telah bermula hari ini.


"TNB selaku syarikat utiliti nasional bertanggungjawab menyalurkan bekalan elektrik hijau dari sistem bekalan elektrik negara ke sistem bekalan elektrik Singapuran melalui syarikat Sembcorp Power yang merupakan pemegang lesen import bekalan elektrik negara tersebut," kata kenyataan itu.


Detik bersejarah penyaluran tenaga elektrik hijau itu disaksikan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.


Kementerian itu berkata pembekalan elektrik hijau merentas sempadan itu adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.


Katanya bidaan menerusi ENEGEM itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kementerian di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu.


"PETRA yakin pelaksanaan inisiatif ini akan menyokong aspirasi peralihan tenaga negara serta menyumbang kepada komitmen Malaysia dalam menerajui integrasi bekalan elektrik serantau melalui pelaksanaan Grid Kuasa Asean, yang merupakan salah satu agenda utama negara untuk kepengerusian Asean-Malaysia pada tahun 2025," kata kenyataan itu.


Pada Oktober lalu laporan media memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berkata APG yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di ASEAN menjadi fokus utama kerajaan dengan matlamat menjadikan negara dan rantau ini sebagai hab utama tenaga pada masa depan.

0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page