top of page

Malaysia puji Sidang Trilateral Ke-9 sokong pertumbuhan syarikat pemula, digital

Updated: Oct 12



Malaysia mengalu-alukan kesepakatan Sidang Trilateral Ke-9 untuk menyokong pertumbuhan syarikat pemula serta inisiatif digital di rantau Asia seperti robotik, kecerdasan buatan dan kenderaan elektrik menerusi mekanisme Tabung Koperasi APT (ASEAN campur tiga).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada negara China, Jepun dan Korea Selatan atas kejayaan Sidang Trilateral Ke-9 membabitkan ketiga-tiga negara yang mempunyai pandangan politik bebeza di Seoul pada Mei lalu.


"Malaysia mengalu-alukan kesepakatan Sidang Trilateral Ke-9 untuk menyokong pertumbuhan syarikat pemula serta inisiatif digital lain di rantau ini seperti robotik, kecerdasan buatan dan kenderaan elektrik menerusi mekanisme Tabung Koperasi APT.


"Saya percaya komitmen ketiga-tiga negara ini akan menyumbang kepada usaha melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan hubungan dagang antara negara-negara APT, selain mewujudkan suasana pelaburan yang mampan," katanya dalam Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-27 semalam yang melibatkan pimpinan-pimpinan kanan ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.


Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan mengenai isu serantau Asia Tenggara dan antarabangsa, termasuklah krisis kemanusiaan di Palestin dan konflik di Myanmar.


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page