top of page

Malaysia pilih transformasi berani dalam sektor pendidikan - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 2 min read


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melatih semula lebih 100,000 guru di seluruh negara dalam bidang pedagogi digital supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat diintegrasi dengan teknologi digital.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, usaha yang akan dilaksanakan bersama Google for Education, Unesco dan universiti tempatan bertujuan memperkukuh pembangunan profesional guru dan mendorong transformasi pendidikan yang berani dan ia selaras Pelan Tindakan Pendidikan ASEAN 2021–2025.


"Malaysia komited menekankan kemahiran, kreativiti, pemikiran kritis dan pembelajaran sepanjang hayat, bukan sekadar penyampaian ilmu secara pasif.


"Kita berada di satu persimpangan – antara penyesuaian secara sederhana atau transformasi menyeluruh. Malaysia memilih untuk melakukan transformasi berani," katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025 di Georgetown pada Isnin.


Sementara itu Fadhlina turut menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama antara sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan pemain industri melalui pelaksanaan Agenda Pemerkasaan TVET Kebangsaan.


"Dalam masa sama, KPM juga memperluas inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang memberi tumpuan kepada pelajar luar bandar dan daripada keluarga berpendapatan rendah," tambahnya.


Dalam ucapannya beliau turut memaklumkan, bahawa KKM sedang berusaha mengukuhkan fasiliti pendidikan melalui pelaksanaan bilik darjah hibrid berkuasa solar serta capaian internet satelit di 180 sekolah di Sabah dan Sarawak.


Langkah itu jelasnya bagi memastikan inovasi turut sampai ke seluruh pelosok negara dan tidak menambah jurang sedia ada


Selain itu, beberapa sekolah rintis terpilih juga akan menggunakan platform pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk memperibadikan pembelajaran pelajar, mengesan risiko awal keciciran dan menyediakan intervensi yang disesuaikan.


"Pendidikan dwibahasa akan terus diperkasa, KPM kini memperluaskan penawaran bahasa elektif termasuk Mandarin, Tamil serta bahasa ASEAN seperti Thai, Khmer dan Vietnam bagi membentuk generasi ASEAN yang lebih inovatif, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page