top of page

Malaysia perlu rebut peluang pasaran halal global - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu industri halal negara diperkukuh bagi merebut peluang pasaran halal global yang dianggarkan mencecah nilai RM4.5 trilion.


Menerusi ucapan di Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang di Bukit Mertajam pada Sabtu beliau berkata, sebagai salah satu peneraju utama dalam pensijilan dan pembangunan produk halal, Malaysia kini berada pada kedudukan strategik untuk memenuhi permintaan pasaran halal yang semakin berkembang pesat di peringkat antarabangsa.


Tambah Anwar, Malaysia sudah mempunyai kekuatan dalam pensijilan halal dan ia diiktiraf di seluruh dunia.


"Pengiktirafan pensijilan halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah meletakkan negara ini sebagai peneraju global dalam standard halal.


"Malah, industri halal bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi tetapi turut memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat global melalui penyediaan produk yang bersih, berkualiti dan patuh syariah.


"Justeru kita harus memandang serius bagaimana kita boleh mengangkat industri halal termasuk kewangan Islam secara menyeluruh mengikut matlamat Maqasid Syariah," katanya dipetik.


Beliau sementara itu menjelaskan, kejayaan Malaysia dalam membangunkan ekosistem halal telah menarik perhatian negara-negara Islam dan bukan Islam seperti Arab Saudi, Qatar, Jepun, Korea China, Vietnam dan Brazil yang berminat menjalin kerjasama strategik.


Bagaimanapun Perdana Menteri mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus bekerjasama dengan agensi kerajaan lain termasuk Halal Development Corporation, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) supaya pengertian berkenaan industri ini lebih lengkap dan mantap khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page