Empat dekad lalu negara negara Asia yang terkehadapan pada hari ini seperti China dan Korea Selatan adalah setanding Malaysia.
Namun menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Peto Galim, hanya satu yang membezakan kejayaan negara negara itu berbanding Malaysia, iaitu mereka dipimpin oleh pemimpin yang luar biasa.
Oleh itu, katanya, Malaysia perlu dipimpin oleh seorang tokoh karismatik seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan negara ini akan setanding negara maju lain di Asia.
"Kalau kita mahu membawa negara ini ke hadapan kita mesti mempunyai pemimpin yang luar biasa, bukan pemimpin yang biasa biasa
"Pemimpin mempunyai integriti luar biasa, inovasi luar biasa, kecekalan luar biasa. Barulah kita boleh maju.
"Kalau pemimpin biasa biasa satu sahaja cadangan saya, tolak mereka dalam pilihanraya akan datang.
"Kita membina negara, majukan negeri ini, maka harus punyai pemimpin begini
"Saat ini kita memiliki PM yang luar biasa. Siapa lagi kalau bukan PMX. Oleh sebab itu beliau telah meletakkan satu bentuk kepimpinan melalui Malaysia Madani," katanya dalam Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre hari ini.
Oleh itu Peto Galim berharap KEADILAN Sabah akan lebih maju jaya selepas ini dan membawa aspirasi PMX memajukan negeri.
Bagi rakyat Sabah pula, beliau berpesan agar mereka menolak parti pembangkang yang tidak mempunyai calon pemimpin luar biasa dan tidak mungkin mampu memajukan Sabah.
Comments