top of page

Malaysia pantau perkembangan di Syria - Wisma Putra



Semua 37 pelajar Malaysia dan lima rakyat Malaysia lain di Syria dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).


Menerusi satu kenyataan Wisma Putra memberitahu, pihaknya melalui Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia di negara itu bagi memastikan keselamatan mereka.


Media pada Ahad melaporkan pemerintah keluarga Assad selama lima dekad di Syria berakhir selepas pejuang menguasai Damsyik.


Presiden Syria, Bashar al-Assad yang memegang kuasa selama 24 tahun selepas menggantikan bapanya, dilaporkan melarikan diri.


Sementara itu Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di rantau itu untuk mendaftar melalui E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, diminta menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Amman," kata kenyataan itu pada Ahad.


Konsul Kehormat Malaysia di Syria boleh dihubungi melalui talian +963933245555 atau e-mel samir@honconsuladvisor.my.


Kedutaan Besar Malaysia di Amman pula boleh dihubungi melalui talian +962 6 5902400 / +96265934343 atau e-mel mwamman@kln.gov.my.


Sementara itu menurut Wisma Putra, Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di negara itu serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page