top of page

Malaysia-Mesir tingkat hubungan ke arah perkongsian strategik



Malaysia dan Mesir bersetuju untuk berusaha meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik dalam masa terdekat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi berkata, kedua-dua negara juga komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang demi kepentingan dan manfaat bersama.


"Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Perundingan Dua Hala pada 2025," katanya dipetik dalam sidang media bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi selepas pertemuan di Istana Al-Ittihadiya pada Ahad.


Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada El-Sisi di kediaman rasmi presiden sempena lawatan empat hari beliau ke Mesir.


Sementara itu tambah Perdana Menteri kedua-dua negara bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, hal ehwal budaya, pertahanan dan keselamatan, agro-komoditi, serta pelancongan.


Kedua-dua negara juga akan memanfaatkan kekuatan masing-masing dan meneroka potensi baharu seperti ekonomi digital, pembangunan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan dan domain maritim, serta sektor pembuatan dan semikonduktor.


"Kami (Malaysia) agak bertuah kerana Malaysia telah muncul sebagai antara hab semikonduktor penting di rantau ini, dan kami seharusnya dapat bekerjasama dalam bidang ini.


"Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia menyatakan kesediaannya untuk bekerja rapat dengan Mesir bagi mempromosikan hubungan ASEAN-Mesir.


"Malaysia juga menggalakkan Mesir untuk memperkukuhkan penglibatannya dengan ASEAN, melalui peranannya yang penting sebagai ahli pengasas Kesatuan Afrika," katanya.


Sebagai menyentuh mengenai kerjasama dalam BRICS, Anwar menyatakan harapan untuk bekerjasama rapat dengan Mesir dan negara-negara BRICS lain.


Mesir jelasnya mempunyai tradisi yang kukuh sebagai antara negara dengan suara paling berpengaruh bagi Global Selatan dan sentiasa dilihat sebagai suara utama dalam isu kemerdekaan dan neutraliti.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page