top of page

Malaysia mampu depani kesan pengumuman tarif global oleh AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu mendepani sebarang krisis ekonomi yang mungkin timbul susulan kebimbangan tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).


Beliau berkata, asas negara yang disokong oleh perbelanjaan penggunaan yang kukuh seperti program Sumbangan Tunai Rahmah serta aliran masuk pelaburan portfolio asing ke pasaran bon telah meneguhkan kedudukan ekonomi negara untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.


Tambahnya lagi, Malaysia juga sentiasa mempelbagaikan pasaran eksportnya dan prospek ekonomi negara amat memberangsangkan.


"Kita akan meneruskan usaha untuk menarik pelaburan langsung asing terutamanya industri bernilai tinggi.


"Mari kita fokus pada perkara yang kita boleh kawal dan bina daya tahan seperti menyediakan dana yang mencukupi untuk perniagaan tempatan," katanya dipetik.


Terdahulu Amir Hamzah menghadiri sesi taklimat media menjelang Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Asean (AFMGM) yang berlangsung dari 7-10 April, 2025.


Pengumuman tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas 168 negara termasuk Malaysia dibimbangi akan mencetuskan perang perdagangan global.


Langkah terbaharu Presiden Donald Trump itu turut mengundang kritikan meluas daripada kumpulan perniagaan negara itu sendiri mengenai kesannya kepada operasi perniagaan mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page