top of page

Malaysia makin makmur, PMX makin disayangi



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Penulis memulakan penjelajahan baharu Ihsan Madani sejak Khamis (20 Disember 2024) ke beberapa destinasi iaitu Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka serta Johor Baharu.


Tujuan penulis membuat penjelajahan Ihsan Madani tersebut adalah untuk meninjau sendiri misi-misi bantuan khas terutama kepada mangsa-mangsa banjir, program Kembali Ke Sekolah, ziarah kasih warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).


Perjalanan penulis ke negeri-negeri tersebut melalui pengangkutan udara dan darat terasa amat meriah serta ceria.


Lebih dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada musim cuti kali ini yang juga bersempena cuti penggal persekolahan dan perayaan Krismas.


Lapangan terbang sesak


Lapangan terbang penuh sesak dengan warga tempatan yang memulakan perjalanan untuk bercuti bersama keluarga serta teman-teman.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin (dua dari kanan) menagihkan bantuan

Ada juga yang mahu bercuti di kampung halaman serta menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.


Aktiviti `cuti-cuti’ rakyat Malaysia ini semakin rancak dengan majlis-majlis pertunangan, kenduri kahwin, doa selamat juga pelbagai acara sukan dan sebagainya.


Ketawa, guruan dan sendaan berkaitan cuti, makanan dan membeli belah sambil meluahkan rasa rindu. Lihat sahaja media sosial dipenuhi dengan foto-foto bercuti dan destinasi pilihan masing-masing.


Jelajah Ihsan Madani dikelolakan Wanita KEADILAN Pusat mengagih bantuan banjir

Oleh itu, pesanan penulis kepada para pengkritik Kerajaan Madani, sudah tiba masanya mereka perlu menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Malaysia semakin gembira dan sedang menikmati kehidupan yang sejahtera di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Terkini, berdasarkan kajian Merdeka Centre populariti PMX didapati meningkat sedikit berbanding tahun lalu.


PMX disanjung, dihargai


Tinjauan terbaru Merdeka Center itu mendapati kepuasan hati pengundi terhadap PMX meningkat kepada 54 peratus berbanding 50 peratus dalam kajian yang dilakukan setahun lalu.

Kesesakan lalu lintas, rakyat bercuti

Keputusan terbabit berdasarkan hasil tinjauan yang melibatkan 1,207 responden di antara 27 November hingga 10 Disember lalu.


Kaji selidik tersebut juga menunjukkan majoriti pengundi Malaysia memberikan Anwar penilaian positif dengan prestasi beliau dalam menarik pelaburan, memperbaiki imej negara serta memperkukuh perkhidmatan awam.


"Secara keseluruhan, pengundi berpuas hati dengan prestasi perdana menteri dalam bidang seperti menarik pelaburan, memperbaiki imej negara dan memperkukuh perkhidmatan awam.


"Namun, mereka memberikan pandangan pelbagai terhadap usaha mengukuhkan ekonomi," kata laporan tersebut.


Merdeka Center juga memaklumkan dalam dapatannya bahawa terdapat penurunan dalam jumlah pengundi yang menganggap negara sedang menuju ke arah yang salah, iaitu daripada 54 peratus pada 2023 kepada 53 peratus tahun ini, dengan sebab utama seperti isu ekonomi (47 peratus), ketidakstabilan politik (tujuh peratus) dan pentadbiran yang lemah (lapan peratus).


Laporan yang sama juga menyatakan pengundi berusia 18 hingga 30 tahun mempunyai pandangan positif terhadap hala tuju negara dengan memberikan penarafan 49 peratus.


Kerja keras PM membuahkan hasil


Semua ini menunjukkan kerja keras Perdana Menteri menarik pelaburan, melakukan lawatan keluar negara dan memperkukuh tatakelola dalam pentadbiran kerajaan madani dengan kesungguhan memerangi rasuah sudah mula membuahkan hasilnya.

Pusat pelancongan dikunjungi rakyat

Rakyat kini dapat melihat dan merasai kesan positif daripada keadaan negara yang semakin bertambah baik itu.


Bersama peredaran masa dan Perdana Menteri sentiasa bekerja keras mentadbir negara, rasa puas hati dan sokongan rakyat juga diyakini akan terus menyerlah pada tahun-tahun mendatang.


Rumusannya, pengumuman berita-berita gembira daripada PMX pada tahun (2024) termasuk Kenaikan Gaji Penjawat Awam sehingga 15 peratus, Kenaikan Gaji Minimum daripada RM1,500 ke RM1,700, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) semula pelajar termasuk pelajar Tingkatan 6 (yang RM150 seorang) dan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam serta RM250 yang akan dibayar pada Febuari 2025.


Selain itu, penulis turut mendapati setiap kali musim perayaan di bawah Kerajaan Madani tiada rungutan harga barang naik dan tiada masalah bekalan terputus.

Komuniti setempat disantuni dalam siri Jelajah Madani Wanita KEADILAN

Perlu disebut, program Jualan Rahmah bergerak menerusi pendekatan `Kedai Cari Rakyat’ merupakan satu inisiatif yang dapat membantu mengurangkan bebanan rakyat dengan cara lebih bersasar terutama golongan B40.


Paling mengembirakan rakyat Malaysia ialah tol percuma di semua lebuh raya setiap kali musim perayaan yang pastinya dapat menjimatkan kos mereka untuk pulang ke kampung atau bercuti ke destinasi pilihan.

Sifat perihatin PMX yang sentiasa peka kepada kebajikan rakyat dan tidak ada golongan dipinggirkan adalah faktor utama mengapa populariti beliau melonjak dan semakin disayangi rakyat tanpa mengira kaum dan usia.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

2 comments

2 Comments


Mohd faiza Nordin
Mohd faiza Nordin
4 hours ago

Terbaik PMX

Like

Mohd faiza Nordin
Mohd faiza Nordin
4 hours ago
Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page