top of page

Malaysia mahu jadi peneraju tenaga hijau serantau – Nik Nazmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read


Malaysia komited mempercepat peralihan tenaga hijau bukan sahaja di peringkat nasional, malah merentasi seluruh rantau Asia Tenggara.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rangka kerja dasar yang jelas dan berwawasan seperti pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) telah mempercepatkan lagi usaha tersebut.


"Salah satu tonggak utama peralihan ini adalah tenaga kerja dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB), khususnya dalam tenaga solar.


"Malaysia mempunyai asas kukuh dengan tenaga kerja mahir dalam bidang elektronik dan semikonduktor, disokong oleh infrastruktur mantap dan bekalan tenaga yang boleh dipercayai," katanya dipetik dalam ucaptama secara maya di Forum Perniagaan Jerman-Malaysia Kelima di Kuala Lumpur pada Selasa.


Sementera itu menurut beliau, lebih 54,000 pekerja direkodkan terbabit dalam industri solar di Malaysia pada tahun 2019, menjadikan negara ini sebagai peneraju sektor fotovoltan solar (PV) di ASEAN.


Justeru beliau yakin pelancaran Program Solar Berskala Besar Kelima (LSS5) yang drancang tahun ini akan terus meningkatkan lagi penyertaaan tenaga kerja ke sektor tersebut.


"Keupayaan ini dijangka akan menarik syarikat antarabangsa untuk melabur, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan TBB global," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pentingnya kerjasama serantau menerusi penyertaan Malaysia dalam Grid Tenaga ASEAN (APG), yang membolehkan pertukaran tenaga boleh baharu merentas sempadan negara-negara Asia Tenggara.


"Penyertaan ini membolehkan Malaysia membantu mewujudkan rangkaian tenaga yang lebih saling berkait, stabil dan terjamin di seluruh rantau. Ia contoh terbaik bagaimana integrasi serantau menyumbang kepada kelestarian tenaga serta ketahanan sistem tenaga kita," jelas beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page