top of page

Malaysia Madani Tuntut Pengorbanan Tingkat Taraf Hidup

Updated: Jul 3, 2023




Oleh: Aidi Amin Yazid


ULASAN: Istilah qurban harus dihayati oleh masyarakat kita yang kadangkala masih leka dengan kurniaan nikmat rezeki. Sungguhpun masih ada jurang ketidaksefahaman politik, namun kewujudan sebuah negara berdaulat memberi jaminan kesejahteraan kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.


Amanat dari hasil kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mencetuskan idea Kerajaan Perpaduan sekaligus meyakinkan rakyat dan masyarakat luar akan kestabilan negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.


Secara langsung sudah menjadi tanggungjawab semua pemimpin untuk membawa politik matang dengan mengetepikan sentimen agama dan perkauman sempit, bergerak secara progresif dan moderat serta bekerja untuk rakyat di samping meneruskan agenda Malaysia ke peringkat global.


Negara madani bela golongan miskin


Sebarang usaha pemantapan haruslah dimulakan dengan menangani pautan paling lemah dalam masyarakat iaitu golongan miskin. Untuk menangani permasalahan sedia ada kita harus lihat bagaimana taraf kemiskinan itu ditakrif malah jika dirujuk kerangka dasar reformasi Madani juga ada menyebut, “Percubaan untuk mengukur tahap kemiskinan daripada sudut angka atau statistik juga adalah sia-sia, kerana ketimbang mengikhtiar penyelesaian, mereka yang berkuasa sebaliknya menggunakan angka-angka statistik untuk menutup bangkai gajah dengan harapan masalah ini akan lesap.”

Aidi Amin

Isu fundamental dan paparan realiti kemiskinan di Malaysia memerlukan semua pemegang taruh (stakeholder) untuk merapatkan jurang perbezaan kemiskinan yang masih wujud. Peranan setiap insan supaya bersifat ihsan agar berkeupayaan dan berkemampuan meletakkan diri pada tempat orang lain.


Insan perlu bersifat ihsan


Melalui penerapan ihsan dalam kehidupan kita, kerjasama dari peringkat komuniti atau kejiranan dalam berkongsi sumber ketika kempen bendera putih dikibarkan dahulu, kini inisitiaf pendapatan rakyat dalam mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat, sehinggalah ahli parlimen kerajaan dalam membahaskan persoalan melibatkan kelangsungan rakyat di kawasan masing-masing, adalah usahasama yang dimaksudkan untuk mengakhiri kitaran ganas kemiskinan (vicious cycle of poverty).


Semua ini tidak boleh berlaku sekelip mata tetapi keazaman dalam setiap insan untuk bersifat ihsan sebagai sebuah Masyarakat Malaysia Madani mampu melakar semula kisah negara kita. Tidak kira politik tua atau muda, hakikatnya adalah perubahan harus bermula dengan bertanyakan diri sendiri setiap hari, “Apakah qurban yang akan saya lakukan hari ini?”


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Setiausaha Cabang KEADILAN Ampang

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page