![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_80ed54885cce47878490789eff1d90d7~mv2.jpeg/v1/fill/w_700,h_444,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_80ed54885cce47878490789eff1d90d7~mv2.jpeg)
Oleh: Abdullah Zaid
‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsan dan Hari Malaysia bagi tahun ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri juga turut memutuskan logo Malaysia Madani kekal menjadi lambang rasmi sambutan Hari Kebangsan dan Hari Malaysia seperti tahun lalu.
Katanya, tema ‘Malaysia Madani’ merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dokongan enam nilai teras utama
"Manakala ‘Jiwa Merdeka’ menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginteprestasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi, seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni," katanya semasa merasmikan Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia, hari ini.
Program perasmian yang diadakan di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya itu turut disiarkan menerusi penstriman langsung dari Facebook rasmi miliknya.
Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingat orang ramai untuk bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme dengan menyahut seruan ‘Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang’ bagi memeriahkan sambutan bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
"Hiasilah rumah dengan bendera yang menjadi identiti kita, kibarkan bendera yang cukup sifatnya, tidak koyak, tidak uzur dan lusuh kerana bendera melambangkan diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab
"Bagi pihak kerajaan, saya ingin meminta kerjasama rakan-rakan media menyebar luaskan maklumat ini supaya sampai kepada semua lapisan masyarakat.
"Semoga kerjasama strategik ini akan terus menyuburkan keharmonian masyarakat demi negara tercinta," ujarnya lagi.
Comments