top of page

'Malaysia Madani diiktiraf ulama, fokus isi kerangka Madani'



Oleh: Dr Zulkifli Hasan


ULASAN: Ada yang bertanya pandangan saya mengenai tuduhan Madani 'Jahiliyah'?


Saya berpandangan lebih baik masa dan tenaga - difokuskan kepada perkara yang lebih produktif untuk pembangunan dan pembinaan negara.


Gagasan Malaysia Madani sudah diberikan pencerahan sebaiknya dalam 'the Asian Renaissance', 'SCRIPT For a Better Malaysia' dan 'Membangun Negara Madani'.


Para ulama tersohor dan terkemuka dunia mengiktiraf gagasan ini.


Malahan ilmuwan dan intelektual dunia juga menyatakan sokongan dan optimis dengan gagasan Madani.


Semasa ke United Kingdom pada Ogos lalu, saya sendiri menyaksikan pujian dan harapan pimpinan komuniti dan cendekiawan terhadap idea Madani YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), yang digagaskan daripada perjalanan panjang penglibatan beliau dalam bidang aktivisme dan intelektualisme, sedari usia belianya.


Bina kemampanan ASEAN


Sebenarnya, saya sangat tertarik dengan artikel oleh PMX dalam 'the Japan Times' berjudul the 'ASEAN's Second Renaissance is Now'.


Walaupun makalahnya ringkas, tetapi PMX dengan penuh 'eloquent and elegant' menulis dan mengupas mengenai masa depan dan visi Komuniti ASEAN.


ASEAN adalah antara wilayah paling aman di dunia dan dihuni lebih 660 juta penduduk pelbagai etnik dan bangsa; serta bakal muncul antara kuasa ekonomi terbesar di dunia.


Malaysia memainkan peranan penting dan strategik sebagai Pengerusi ASEAN dengan tema 'ASEAN 2025: Inclusivity and Sustainability' (Keterangkuman dan Kemampanan).


Dimaklumkan akan berlangsung lebih 300 Mesyuarat dengan pelbagai tema dan sektor pada tahun ini di Kuala Lumpur.


Malaysia akan menerajui ASEAN dan kali ini ia akan melibatkan bukan hanya ASEAN tetapi China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, GCC, BRICS+ dan lain-lain.


PMX merumuskan pandangan dan visi beliau dengan menulis:


"ASEAN refuses to be a mere participant in the global economy. Instead, it aims to influence its shaping governance, economic models, and cultural narratives.


Southeast Asia’s ambition reaches beyond its borders, striving to be a force for positive change on the global stage.

ASEAN’s rise must deliver tangible results advancing peace, justice and prosperity".


Sibukkan dengan perkara produktif


Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat berbangga kerana kita kini menjadi 'trend setter' atau 'thought leader' untuk memacu dan menerajui ASEAN sebaiknya.


Malaysia menjadi rujukan serantau dan dunia.


Rakyat Malaysia perlu disibukkan dengan perkara yang lebih produktif, membina dan mendamaikan.

Kita tidak boleh hilang fokus sekiranya ingin membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang di persada dunia.


Mari sama-sama berlumba-lumba melaksanakan kebaikan. Fastabiqul khairat. Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page