top of page

Malaysia lokasi baharu pejabat MP negara Asia bagi populasi, pembangunan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pemilihan Malaysia sebagai negara tuan rumah bagi lokasi baharu Pejabat Sekretariat Forum Ahli Parlimen (MP) Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD), mencerminkan komitmen negara dalam mempromosikan kelestarian pembangunan, kesaksamaan jantina, hak kesihatan, dan kebajikan rakyat merentasi Asia dan Pasifik.


AFPPD Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung ke-15 AFPPD, yang diadakan di Kuala Lumpur semalam yang dipengerusikan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


AFPPD berkata, Alexander amat gembira dengan keputusan yang turut mendapat sokongan semua negara anggota.


''Kemenangan ini mencerminkan komitmen kuat Malaysia dalam mempromosikan kelestarian pembangunan, kesaksamaan jantina, hak kesihatan, dan kebajikan rakyat merentasi Asia dan Pasifik.


''Malaysia menghormati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakan serantau (untuk menjadi tuan rumah).


''Menganjurkan Sekretariat AFPPD merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan proaktif Malaysia dalam memperjuangkan isu-isu kritikal seperti pemerkasaan belia, jantina kesaksamaan, populasi yang semakin menua, dan kesihatan reproduktif,'' maklum AFPPD memetik Alexander.


Sekretariat AFPPD akan dipindahkan dari Jepun ke Kuala Lumpur, berkhidmat sebagai pusat untuk menyokong ahli parlimen di rantau ini dalam advokasi dan kerja perundangan yang berkaitan dengan penduduk dan pembangunan untuk lima tahun akan datang.


Sebagai negara tuan rumah, Malaysia turut diberi keistimewaan untuk mengambil peranan kepimpinan Setiausaha Agung AFPPD.


Untuk tujuan itu, AFPDD memaklumkan, telah sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Ipoh Timor,Howard Lee untuk memegang tampuk kepimpinan.


Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap untuk Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita bagi tempoh empat tahun.


''Pencapaian ini adalah bukti pengaruh Malaysia yang semakin meluas dalam diplomasi parlimen antarabangsa dan visinya untuk menyumbang lebih ke arah kesaksamaan, inklusif dan berdaya tahan terutamanya di rantau Asia Pasifik,'' ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page