top of page

Malaysia kutuk keras pembunuhan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar

Updated: Oct 20, 2024



Malaysia mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim zionis Israel membunuh seorang lagi pemimpin Hamas, Yahya Sinwar kelmarin.


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembunuhan itu merupakan satu lagi episod hitam apabila masyarakat antarabangsa tidak berdaya menyelesaikan konflik Israel-Palestin, manakala tentera Israel leluasa membunuh siapa sahaja yang mereka ingin lenyapkan dari muka bumi.


"Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.


"Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik," kata Anwar di Facebook rasminya.


Malaysia, kata beliau, menganggap pembunuhan pengganti Ismail Haniyeh - pemimpin Hamas yang dibunuh di Iran - itu adalah satu lagi usaha rejim zionis untuk melemahkan perjuangan Palestin.


"Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini, dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya.


"Walhasil, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan," katanya lagi.


Yahya Sinwar disahkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di Gaza kelmarin setelah rejim melakukan ujian DNA ke atas mayatnya.


Yahya sebelum menggantikan Ismail pada bulan lalu merupakan ketua perancang serangan Palestin ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.


Beliau seterusnya diburu oleh rejim dan bersembunyi di terowong bawah tanah Gaza. Pembunuhan kelmarin bagaimanapun tidak melemahkan perjuangan Palestin apabila ketua perunding tebusan, Khaled Mashal dilaporkan dilantik menggantikan Yahya.


*Gambar Ihsan: Reuters

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page