top of page

Malaysia komited perangi Islamofobia, keganasan, kebencian agama




Malaysia menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian berdasarkan agama atau kepercayaan.


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menerusi satu kenyataan menegaskan, usaha menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian dan keamanan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan adalah penting terutama ketika sentimen kebencian dan keganasan terhadap Islam serta umat Islam kian meruncing.


"Di forum-forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.


"Sehubungan itu, Malaysia terus menggesa supaya pelantikan Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Memerangi Islamofobia disegerakan," kata Wisma Putra.


Kenyataan itu dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa Memerangi Islamophobia yang disambut semalam.


Sementara itu Wisma Putra juga menjelaskan bahawa usaha untuk menangani Islamofobia pada peringkat akar umbi memerlukan penglibatan di pelbagai peringkat, terutamanya di Perhimpunan Agung PBB, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).


Malaysia jelasnya, telah melantik Penasihat Khas bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia sebagai tanda komitmen dan kesungguhan negara dalam menangani isu ini.


"Malaysia kekal teguh dalam usahanya menangani Islamofobia dan akan terus menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berlandaskan kepada hak asasi manusia serta menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan


"Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam membentuk masyarakat dunia yang menghormati dan meraikan kepelbagaian, serta memastikan pemahaman dan keharmonian dapat dikekalkan," menurut kenyataan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page