top of page

Malaysia komited jadi peneraju inovasi digital global



Oleh: Akmal Manaf


Malaysia terus menunjukkan komitmen sebagai peneraju inovasi teknologi digital di peringkat antarabangsa dengan pelancaran Pavilion Malaysia di Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol, semalam.


Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, visi Malaysia adalah jelas iaitu untuk memulakan kemajuan transformatif yang memartabatkan negara sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai hab kecemerlangan teknologi.


Beliau berkata, dengan pelaburan berterusan dan komitmen terhadap kemampanan, Malaysia bersedia membentuk masa depan inovasi digital, menjadikannya sebagai mercu tanda kemajuan dan kerjasama di rantau ini.


''Tahun ini mencerminkan cita-cita dan komitmen kita untuk memacu transformasi teknologi yang pesat, menjadikan Malaysia sebagai jambatan yang menghubungkan inovasi global.


''Kami komited untuk memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai akses yang sama kepada ketersambungan dan teknologi yang memperkasa dan memartabatkan masyarakat, seperti yang ditunjukkan melalui penubuhan Pusat Penyebaran Maklumat Kebangsaan (NADI),'' katanya.


Ahli Lembaga MCMC Datuk Seri Dr. Chee Hong Leong (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Penasihat kanan Hubungan Luar MCMC, Tan Sri Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam majlis perasmian semalam.
Ahli Lembaga MCMC Datuk Seri Dr. Chee Hong Leong (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Penasihat kanan Hubungan Luar MCMC, Tan Sri Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam majlis perasmian semalam.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Majlis Pembukaan Pavilion Malaysia yang dirasmikan oleh beliau.


Dalam pada itu, Mohamad turut memaklumkan bahawa penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) memberdayakan masyarakat menerusi inisiatif Khidmat Pintar yang mempunyai lima fokus iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hidup, kesejahteraan, kesedaran dan juga usaha kerajaan.


Dalam merealisasikan agenda digital negara pula, Mohamad Fauzi berkata, Malaysia memperkukuh kerjasama dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa melalui model 6-Way Multi-Operator Core Network (MOCN) yang menggalakkan perkongsian sumber antara penyedia rangkaian mudah alih (MNO) dan kerajaan negeri.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page