top of page

Malaysia ketengahkan model perpaduan pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025



Kementerian Perpaduan Negara bersedia mengetengahkan model perpaduan Malaysia yang unik pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025.


Timbalan Menterinya K Saraswathy berkata, usaha mempromosikan nilai perpaduan pada peringkat ASEAN adalah penting terutama apabila Malaysia bersiap sedia untuk memimpin blok serantau itu pada 2025.


"Kami ingin menunjukkan bahawa kami bukan saja melabur dalam sumber manusia dan infrastruktur tetapi juga nilai-nilai yang mendukung perpaduan. Ini adalah sesuatu yang boleh kita ketengahkan pada peringkat ASEAN, terutama konsep kehidupan bersama secara harmoni," katanya dipetik temubual bersama Bernama.


Sementara itu beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN menjelaskan, Malaysia walaupun sebagai sebuah negara berbilang kaum, budaya serta etnik mampu mengekalkan tahap perpaduan dan persefahaman sangat tinggi dalam kalangan rakyat.


Kekuatan Malaysia jelasnya bukan saja terletak pada ketiadaan ketegangan kaum tetapi juga keupayaan negara memupuk keamanan dan keharmonian.


"Apabila kita bercakap mengenai perpaduan, ia bukan sekadar ketiadaan perpecahan. Di sesetengah negara, mungkin tiada perpecahan nyata tetapi wujud ketegangan atau kebencian antara kaum. Itu tidak berlaku di Malaysia.


"Kita telah membentuk masyarakat yang berpaksikan prinsip-prinsip Rukun Negara," katanya yang turut menganggap ia sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pelabur untuk mengembangkan operasi mereka di negara ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page