top of page

Malaysia kekal ke arah sifar plastik sekali guna - Nik Nazmi



Malaysia kekal dengan dasar ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna khususnya membabitkan penyedut minuman, tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad.


Pendirian itu dinyatakan susulan tindakan mengejutkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini yang menandatangani perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik di negaranya yang sekaligus membatalkan usaha pentadbiran terdahulu untuk menangani masalah pencemaran sisa buangan.


"Itu pilihan negara masing-masing tetapi bagi Malaysia, dasar kita adalah ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna...macam penyedut minuman plastik itu sudah boleh menghala ke arah sifar penggunaan," kata Nik Nazmi dipetik.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata begitu ketika ditemui selepas melancarkan The Forgotten Stripes: Tapir Launch and Exhibition di Kolej Antarabangsa Inti, Subang Jaya, Selangor pada Rabu.


Sebagai rekod, Malaysia memperkenalkan Pelan Hala Tuju Sifar Plastik Sekali Guna 2018–2030, yang dirangka bagi menghapuskan penggunaan plastik sekali guna secara berperingkat melalui pendekatan pelbagai fasa.


Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, NRES juga bercadang mengkaji kebolehlaksanaan mewujudkan perundangan di peringkat nasional bagi menangani pencemaran sisa plastik dengan lebih berkesan.


Nik Nazmi bagaimanapun berkata, walaupun negara ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna, namun pihaknya maklum terdapat beberapa sektor antaranya perubatan yang masih perlu menggunakan bahan terbabit.


"Contohnya perubatan memang susah kita hendak elakkan penggunaan plastik, antaranya dalam aspek pakaian perlindungan diri (PPE) dan picagari.


"Berbalik pada soal ada plastik yang kita terpaksa guna dan ada yang tiada pilihan, justeru kita mempunyai senarai plastik 'boleh dielakkan' yang akan dijadikan panduan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)," jelasnya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page