top of page

Malaysia kecewa AS guna veto halang gencatan senjata di Gaza



Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia menyatakan rasa kecewa atas kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima pakai resolusi gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di semenanjung Gaza selain memudahcara penyaluran segera perkhidmatan asas serta bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak tersebut.


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menerusi satu kenyataan berkata, resolusi itu walaupun telah mendapat sokongan majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dinafikan apabila Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto mereka bagi menghalang usaha untuk menamatkan jenayah genosid di Gaza itu.

Justeru tindakan AS itu dianggap telah mematahkan harapan masyarakat antarabangsa sekali gus menjejaskan usaha-usaha berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis berkenaan.


"Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin, dan mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk mencari jalan penyelesaian yang aman dan berkekalan dalam isu Palestin," kata kenyataan itu.


Draf resolusi tersebut dikemukakan sembilan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan itu, Algeria, Ecuador, Guyana, Malta, Mozambique, Korea Selatan, Sierra Leone, Slovenia, dan Switzerland dan telah menerima undian majoriti sebanyak 14 undi.

AS sebelum ini telah tiga kali menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi Majlis Keselamatan yang menyeru gencatan senjata segera di Gaza pada Oktober 2023, Disember 2023, dan Februari, selain berkecuali dalam beberapa undian resolusi lain.


Menerusi kenyataan sama Malaysia menggesa agar Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan yang tegas bagi menamatkan bencana kemanusiaan di Gaza, dan melaksana peranan utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa selain mempertahankan prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Piagam PBB dan melindungi kedaulatan undang-undang antarabangsa.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page