top of page

Malaysia - Indonesia kaji semula kos pengambilan pekerja



Kos bagi pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) akan dikaji semula agar lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.


Beliau berkata pengurangan kos berbanding RM12,000 yang ditetapkan ketika ini akan dibincang antara Malaysia dan Indonesia dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kali Ketiga yang berlangsung selama dua hari di Yogjakarta bermula Rabu.


"Pada masa ini, kita berasakan bahawa yuran (kos) yang terbabit dan ditanggung majikan agak tinggi berbanding negara lain yang menetapkan harga pada tahap minimum.


"Kita nak lihat sama ada kita boleh mencari jalan penyelesaian dan kalau jumlah itu dapat dikurangkan," katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Dr Ida Fauziyah di Jakarta.


Sivakumar berada di republik itu sempena lawatan kerja sehari susulan kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Januari lalu.


Difahamkan pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan usaha merealisasi pelaksanaan Memorandum Persefahaman Berhubung Pengambilan dan Perlindungan PDI di Malaysia yang dimeterai pada 1 April 2022 serta perlindungan dan kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia.


Sementara itu menurut Sivakumar, selain membincangkan pengurangan kos itu, Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama juga dijangka membincangkan peranan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) di kedua-dua negara dalam proses pengambilan dan penempatan PDI serta pendigitalan proses pengambilan PDI melalui Sistem Satu Saluran (OCS).


Untuk rekod Indonesia adalah antara negara sumber utama bagi penggajian pekerja asing di Malaysia.


Setakat 22 Januari lalu, terdapat seramai 399,827 warga Indonesia bekerja di Malaysia dalam sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan, pertanian, pembantu rumah asing, perlombongan dan pengkuarian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page