top of page

Malaysia hantar permohonan rasmi sertai BRICS - Pejabat PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia telah menghantar surat permohonan secara rasmi untuk menyertai organisasi pakatan ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.


"Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi (BRICS) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS, selain menyatakan keterbukaan untuk menyertainya sebagai negara anggota atau rakan strategik," menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Kenyataan itu menyusul selepas kunjungan hormat Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana pada Ahad.


BRICS yang merangkumi Brazil, Rusia, India dan China ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun. Afrika Selatan kemudian menyertai blok itu pada 2010, sebelum disertai Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tahun ini.


BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia.


Mengulas mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin itu, PMO turut menyatakan hasrat Malaysia menyertai organisasi BRICS telah menjadi inti pati utama perbincangan.


Dalam pertemuan hampir sejam berkenaan, Anwar dan Lavrov juga membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.


Turut dibincangkan ialah situasi semasa di Palestin termasuk penegasan Malaysia mengenai keperluan mendesak untuk gencatan senjata kekal dan bantuan kemanusiaan pantas di Gaza serta Palestin diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Selain itu, mengenai Ukraine, Anwar turut menggesa agar dialog dan perbincangan menjadi jalan keluar kepada konflik berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page