top of page

Malaysia hantar pasukan bantuan misi menyelamat di Myanmar



Kerajaan Malaysia menghantar Pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) Malaysia bagi membantu misi menyelamat mangsa gempa bumi.


Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pasukan terdiri daripada seorang komandan kontinjen dan 49 anggota penyelamat itu akan berlepas ke Yangon, Myanmar.


"Penghantaran bersepadu ini menggantikan rancangan awal untuk mengerahkan dua pasukan secara berperingkat, susulan kemas kini operasi terkini daripada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


"Menerusi misi ini, Malaysia berhasrat untuk memaksimumkan impak dan keberkesanan bantuan yang disalurkan, serta memastikan sumber diagihkan dengan segera ke kawasan keutamaan yang telah dikenal pasti," kata kenyataan itu.


Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud yang berpusat di Myanmar menggegarkan Asia Tenggara pada Jumaat mengakibatkan kematian dan kerosakan besar pada bangunan dan infrastruktur awam.


Media antarabangsa AFP melaporkan, seramai 1,644 disahkan terkorban di Myanmar dengan 3,400 lagi cedera, dan 139 individu masih hilang.


Manakala 10 disahkan terkorban dalam bencana serupa di Thailand.


Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dilapor sudah menghantar pasukan penilaian ke Yangon pada Sabtu bagi memberi bantuan teknikal dan menjalankan penilaian keperluan.


Pasukan yang terdiri daripada 10 anggota akan memberi sokongan kepada bantuan kemanusiaan yang sedang berjalan.


"Malaysia akan memberi komitmen sepenuhnya bagi membantu rakan serantau dalam menguruskan bencana terbabit," tambah Wisma Putra dalam kenyataannya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page