top of page

Malaysia gesa semua pihak redakan ketegangan di Timur Tengah



Malaysia menggesa semua pihak di Timur Tengah untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak yang menjejaskan kestabilan rantau itu dengan segera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri menegaskan pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah percubaan yang disengajakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat global daripada kekejaman dan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.


"Peningkatan ini jelas bertujuan untuk mengekalkan kuasa pemimpin politik semasa Israel dengan mengorbankan nyawa yang tidak berdosa demi kerjaya politik seorang individu.


"Kita mesti segera menghalang kitaran tindakan dan tindak balas yang berbahaya, yang mengancam untuk menarik lebih banyak pihak ke dalam konflik, memperdalam lagi ketidakstabilan dan meluaskan skala kemusnahan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anwar dalam pada itu menyeru agar serangan berterusan dihentikan bagi mengelak perang besar yang boleh menjejaskan beberapa negara berjiran Israel.


"Malaysia menggesa semua pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan permusuhan dan mewujudkan syarat yang diperlukan untuk mengelakkan konflik serantau yang lebih luas daripada meletus," katanya lagi.


Pemimpin dunia bimbang serangan Israel ke atas negara jiran Islam dan serangan balas Iran semalam ke atas Israel dengan melancarkan lebih 150 peluru berpandu balistik membalas tindakan Israel sebelum itu membunuh pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah, sekutu utama Iran di Lubnan akan menyemarakkan perang besar di rantau Asia Barat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page