top of page

Malaysia, Filipina teruskan rundingan isu Laut China Selatan - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia dan Filipina komited meneruskan rundingan mengenai isu Laut China Selatan bagi mewujudkan Kod Tatalaku (COC), tegas Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman media sosialnya berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique A Manalo, yang berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Malaysia-Filipina ke-8 di bangunan Parlimen pada Rabu.


"Rundingan dilaksana melalui dialog serta perbincangan yang konstruktif mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982," katanya.


Sementara itu Anwar sebagai mengulas JCM Malaysia-Filipina ke 8 berkata, ia mewujudkan peluang yang amat baik untuk kedua-dua negara meneroka kerjasama baharu terutama dalam bidang seperti pertanian dan keterjaminan makanan, ekonomi digital serta industri halal.


Ia turut menjanjikan potensi besar untuk memperkukuh hubungan dan memupuk kerjasama dua hala terutama kerana ia menandakan mesyuarat pertama seumpamanya sejak 2011.


"Ketika kita meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, saya bersemangat untuk memajukan kerjasama kita dengan memfokus kepada sikap saling menghormati dan berkolaborasi," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page