top of page

Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas


PM Anwar berjaya menyambung semula rundingan perdagangan bebas - Foto Amir Haziq/PMO
PM Anwar berjaya menyambung semula rundingan perdagangan bebas - Foto Amir Haziq/PMO

Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang sebelum ini tergendala akibat beberapa perkara termasuk isu melibatkan eksport minyak sawit.


Perkara itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen bersempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Brussels, Belgium pada Ahad hingga hari ini.


Penyambungan semula rundingan ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dengan salah satu blok perdagangan terbesar dunia.


"[Ia] turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat dengan Kesatuan Eropah, yang merupakan salah satu rakan perdagangan dan pelaburan utama bagi Malaysia," kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu berkata pencapaian itu juga menggambarkan kekuatan hubungan yang berterusan antara kedua-dua belah pihak dan komitmen bersama dalam memupuk kemakmuran ekonomi.


"MEUFTA dijangka membuka manfaat yang besar merentasi pelbagai sektor ekonomi Malaysia selain mengukuhkan rantaian bekalan global dalam sektor-sektor kritikal," ujarnya.


Tambah kenyataan itu, perjanjian bebas itu berpotensi untuk meningkatkan eksport dari sektor-sektor seperti produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk berasaskannya, serta peralatan optik dan saintifik ke pasaran EU.


Di samping itu, jelasnya MEUFTA turut akan menjadi pemangkin dalam menarik pelaburan baharu dari EU dalam sektor-sektor termaju seperti tenaga hijau dan pembuatan termaju, selaras dengan matlamat pembaharuan industri dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.


Pada tahun 2023, EU merupakan rakan dagang ke-4 terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan mencecah RM206.79 bilion.


Bagi tempoh Januari hingga November 2024, perdagangan dengan EU meningkat sebanyak 5.2% kepada RM200 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2023.


Sehingga 2023, pelaburan EU di Malaysia telah menjana lebih 153,000 pekerjaan melalui 1,323 projek bernilai RM227.9 bilion.


Kata kenyataan itu, penyambungan semula rundingan MEUFTA adalah bukti visi bersama dalam kerjasama ekonomi dan aspirasi untuk membuka potensi perkongsian perdagangan dan pelaburan.


"Kerajaan Malaysia komited untuk mencapai perjanjian yang seimbang dan menyeluruh kepada semua pihak berkepentingan, disamping memastikan faedah bersama Malaysia dan EU.


"Kerajaan juga akan terus mengadakan libat urus dengan pemain industri dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan MEUFTA mencerminkan kepentingan nasional dan aspirasi ekonomi Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page